Carlos Slim Helu
Carlos Slim Helu

Carlos Slim Helu

Carlos Slim Helu (lahir 28 Januari 1940), adalah seorang jurutera, usahawan dan dermawan dari Mexico. Dia terlibat dalam industri telekomunikasi. Dia orang terkaya di dunia (AS$ 53.5 bilion) mengatasi Bill Gates.[2]Rangkaian industri telekomunikasinya meliputi negara Mexico dan sebahagian besar Amerika Latin. Dia menguasai telefonos de México (Telmex), Telcel dan syarikat América Móvil. Anaknya Carlos, Marco Antonio dan Patrick Slim Domit menjadi ketua syarikat perniagaannya kini.